Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Sunday, July 31, 2011

Pahala mendirikan solat tarawih

Tersebut dalam kitab "Wadu An-Nashohie" pahala mendirikan solat tarawih pada tiap-tiap malam sepanjang bulan Ramadan telah ditanya oleh Saidina Ali bin Abi Talib  Radiallah Anhu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda menjawab: "Orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadhan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama: Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan ibunya.

Malam kedua: Dosanya diampuni,begitu pula dosa kedua ibu-bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga: Dipanggil oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan "Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu."

Malam keempat: Diberi pahala yang sama dan pahala orang yang membaca Kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al Quran.

Malam kelima: Diberi pahala seperti orang yang melakukan solat di Masjid al Haram di Mekah,Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsha di Palestin.

Malam keenam: Diberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah; batu-bata serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh: Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Firaun dan Haman.

Malam kelapan: Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim alahis salam.

Malam kesembilan: Seperti pahala beribadah kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Malam kesepuluh: Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas: Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu - bersih daripada segala dosa.

Malam kedua belas: Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.

Malam ketiga belas: Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

Malam keempat belas: Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas: Diminta ampun oleh para Malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas: Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas: Diberi pahala seperti pahala para Nabi.

Malam kelapan belas: Diseru oleh para Malaikat, wahai hamba Allah bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas: Diangkat darjatnya ke dalam syurga fridaus.

Malam kedua puluh: Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam kedua puluh satu: Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua: Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga: Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat: Diberi pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima: Dihapus dari siksa kubur.

Malam kedua puluh enam: Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh: Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak,dia dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan: Diberi pahala seribu haji yang mabur.

Malam ketiga puluh: Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah, wahai hamba-Ku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air sal-sabil (air syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari telaga kausar. Lalu Tuhan menyeru Akulah Tuhanmu dan engkaulah hambaKu.

Source: Panduan solat tarawih-byMuhammad Uzair Al Aziz(book)

Thursday, July 28, 2011

ramadan
















image by : rizvigrafiks.deviantart.com

Thursday, July 7, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Rahsia Kebersihan Jiwa Dalam Israk Mikraj

Menurut sebahagian ulama, peristiwa Israk Mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah SAW bagi memenuhi jemputan Allah SWT.


Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 1 yang bermaksud:


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".


Bagaimana pun sebelum berlaku Israk Mikraj, Rasulullah SAW menjalani pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibril untuk membersih hati daripada ketulan hitam bernama 'alaqah iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya dan dimasukkan hikmat, ilmu dan iman. Selepas itu Allah SWT mengatur program kerohanian untuk Rasulullah SAW iaitu program Israk Mikraj menghadap Allah SWT dalam tempoh satu malam sahaja.


Perjalanan suci Rasulullah SAW ini melibatkan beberapa amalan luar biasa iaitu perjalanan dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin. Rasulullah SAW menjadi imam solat kepada Rasul-Rasul sedangkan mereka itu telah lama meninggal dunia, dan menghadap Allah di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu secara berhadapan terus dengan Allah SWT.


Perjalanan yang melibatkan dua masjid tertua di dunia dan paling suci dalam Islam menjadi petanda betapa hubungan akrab antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa berkaitan pertalian kiblat dan pusat gerakan Rasul-Rasul terdahulu menegakkan syiar Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjadi imam kepada beberapa Nabi dalam suasana alam kerohanian itu dan bersalaman satu sama lain menunjukkan bahawa para Nabi semuanya akur terhadap kedudukan Baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah SWT.


Pertemuan Rasulullah SAW dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam suasana alam kerohanian itu tanpa ditemani Malaikat Jibril adalah pertemuan kemuncak sebagai penghargaan dan penghormatan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang menyempurnakan Islam sebagai agama global untuk manusia.


Salah satu pengajaran penting dalam peristiwa Israk Mikraj ialah persediaan teliti Rasulullah SAW dalam penyucian hati atau kalbu. Proses penyucian kalbu ini akan mengukuhkan kepercayaan kita bahawa dalam pertemuan dengan Allah SWT, seseorang dituntut membersihkan jiwa dan raganya daripada pelbagai sifat keji. Justeru dengan jiwa yang bersih, penuh keimanan dan ketakwaan, maka akan beroleh kemudahan untuk berkomunikasi secara khusyuk dengan Allah SWT dan membawa hasil yang menguntungkan.


Kebersihan dan penyucian hati amat penting dalam membentuk keperibadian manusia. Pakaian yang bersih apabila kita pakai akan kotor. Semakin lama kita pakai, maka semakin kotor pakaian kita. Cuba bayangkan bagaimana rupa dan baunya jika pakaian itu tidak dibasuh. Demikian juga dengan tubuh badan kita. Semakin hari semakin kotor, berbau busuk dan terdedah kepada pelbagai penyakit jika kita tidak mandi dan membersihkannya dengan sempurna.


Begitu jugalah hati atau kalbu kita atau kalbu manusia. Setiap manusia tanpa mengira kedudukan pangkat dan keturunan ketika dilahirkan adalah dalam keadaan bersih. Sabda Rasulullah SAW, "Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih, tetapi kedua ibubapanyalah yang akan menentukan nasib agama anaknya".


Bagaimanapun, manusia ini mempunyai sifat kelemahannya. Manusia menginginkan pangkat, kedudukan, kemuliaan, penghormatan, kekayaan dan kesenangan. Dalam keadaan sedar memenuhi keperluan hidup itu, maka manusia kadangkala atau yang berat lagi bertabiat pula melakukan dosa kecil atau besar. Dosa ini akan menjadi titik hitam dalam kalbunya. Semakin banyak kesalahan maka semakin tebal titik hitam dalam kalbu manusia. Kelemahan dan kegagalan manusia menyelenggara dan meningkatkan prestasi penyucian kalbu telah menjerumuskan individu atau keluarga dalam perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT dan hak asasi manusia.


Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara kita membaiki, menyelenggara dan meningkatkan prestasi kalbu kita supaya kalbu kita terus selari dengan akidah, akhlak dan syariat Islam? Ketahuilah bahawa kalbu kita adalah pusat kesedaran, pusat penggerak setiap gerak geri kaki tangan, mulut, mata, fikiran dan pancaindera kita. Alangkah indahnya pergaulan antara manusia dalam masyarakat apabila rata-rata manusia yang hidup dalam masyarakat mempunyai hati yang putih bersih kerana dapat menjamin masyarakat hidup dengan aman damai.


Selari dengan sunnah Rasulullah SAW maka dengan rasa tanggungjawab, walaupun dalam keadaan sibuk sekalipun dengan urusan dunia, sediakanlah dalam masa-masa tertentu untuk menginsafi, bertaubat dan meminta ampun kepada Allah SWT. Sediakan waktu-waktu tertentu untuk mengingati Allah SWT memuji dan membesarkan Allah SWT, mensucikan Allah SWT agar kalbu dan jiwa saudara dan jemaah sekalian menjadi kembali bersih.


Marilah kita melipatgandakan penyucian diri dan beribadahlah menyembah Allah SWT dengan penuh berkualiti dalam menunaikan solat, berzakat, menunaikan puasa, haji, melaksanakan ibadah sunat yang lain serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.


Firman Allah SWT di dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:


"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".


source : e-khutbah JAKIM