Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Thursday, March 3, 2011

Adab berbicara anjuran Rasulullah SAW

1. Semua pembicaraan haruslah untuk kebaikan.
"Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara haruslah benar dan jelas.
"Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar." (HR Abu daud)

3. Seimbang dan elakkan unsur berlagak dalam berbicara.
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh daripadaku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara."
Maka dikatakan : Wahai Rasulullah kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?
Maka jawab nabi SAW: "Orang-orang yang sombong." (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

4. Menghindari banyak berbicara,kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.
Adalah Ibnu Mas'ud ra senantiasa mengajari kami setiap hari Khamis,
maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdur Rahman (gelaran Ibnu Mas'ud)! Seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari?
maka jawab Ibnu Mas'ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami (HR Muttafaq 'alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika diperlukan.
Daripada Anas r.a bahawa adalah nabi SAW jika berbicara maka beliau SAW mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila beliau SAW mendatangi rumah seseorang maka beliau SAW pun mengucapkan salam tiga kali.(HR Bukhari)

6. Menghindari mengucapkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa.
"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredai Allah SWT yang dia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah keredaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah yang tidak dikiranya akan demikian,maka Allah mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat." (HR Tirmidzi dan ia berkata hadits hasan shahih: juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

Source:iluvislam(newspaper)

No comments: