Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Monday, July 12, 2010

Wasiat Khidir kepada nabi Musa a.s

   Ketika Khidir hendak berpisah dengan Nabi Musa,dia (Musa)berkata:"Berilah aku wasiat!"

   Kata Khidir: "Wahai Musa,jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain, dan janganlah menjadi orang yang menimbulkan kecemasan di antara mereka,hingga kamu dibencinya!Jadilah kamu orang yang sentiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah kamu mengerutkan dahimu kepadanya!Dan janganlah pula kamu berkeras kepala,atau bekerja tanpa tujuan,apabila kamu mencela seseorang hanya kerana kekeliruannya.Kemudian tangisilah dosa-dosamu,ya Ibnu 'Imran!"19

   Diriwayatkan,bahawa saat Khidir mahu meninggalkan Nabi Musa a.s,dia berpesan kepadanya: "Wahai Musa,pelajarilah ilmu-ilmu pengetahuan agar kau dapat memahami apa yang tidak kau mengerti tetapi jangan kau jadikan ilmu-ilmu itu sebagai bahan borak sahaja!"20
  
   Sebelum Khidir berpisah dengan Nabi Musa a.s ,dia perpesan:

   "Wahai Musa,sesungguhnya orang yang selalu memberi nasihat itu tidak mengetahui kejemuan seoerti yang dirasakan  oleh orang-orang yang mendengarnya.Maka janganlah kamu berlama-lama bila menasihati kaummu!Dan ketahuilah,bahawa hatimu ini adalah ibarat satu bejana yang harus kau perbaiki dan kau jauhkan dari hal-hal yang dapat memecahkannya!Kurangkanlah usaha-usaha duniawimu,dan buanglah jauh-jauh di belakangmu!Kerana dunia ini bukanlah alam yang akan kau tempati selamanya.Kamu diciptakan-Nya adalah untuk mencari tabungan pahala-pahala akhirat kelak.Bersikaplah ikhlas,dan sabar menghadapi maksiat-maksiat kaummu.Hai Musa,tumpahkaniah semua pengetahuanmu(ilmu),kerana tempat yang telah kosong akan terisi oleh ilmu yang lain!Janganlah kau berbangga dengan ilmumu,tetapi serdahanakanlah,kerana kau akan diejek-ejek oleh kaum ulama'! Dan sifat sederhana itu akan menghalangi aibmu dan membuka taufiq Allah untukmu.Benteraslah kejahilan kaummu,dengan membuang sikap bodoh yang mungkin menyelimutimu!Ketahuilah,sikap macam ini hanyalah ada pada orang-orang yang arif dan bijaksana.Apabila datang kepadamu seorang bodoh,kemudian dia mencacimu,redamlah dia dengan kedewasaan dan keteguhan hatimu!Hai putera 'Imran!Tidaklah kau sedari bahawa ilmu Allah yang kau miliki hanya sedikit sekali ,sesungguhnya menutup-nutupi kekurangan atau bertindak sewenang-wenang adalah menyeksa diri sendiri.Hai putera 'Imran!Jangan kau buka pintu ini bila kau tidak boleh menguncinya.Jangan pula kau cuba-cuba menguncinya jika kau tidak tahu bagaimana membukanya!Hai putera 'Imran!Barangsiapa suka menumpuk-numpuk harta-benda,dia sendiri akan mati tertimbun kerananya,hingga dia merasakan akibat dari kerakusannya.Namun seoarang hamba yang mensyukuri semua pemberian Allah dan memohon kasabaran atas ketentuan-ketentuan-Nya,dialah hamba yang zahid dan mesti diteladani.Bukankah orang itu dapat menguasai syahwatnya dengan mengalahkan pujukan-pujukan nafsu syaitan?Dan dia pula orang yang mengetam buah dan ilmu yang dahulu dicari-carinya?Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahala di akhirat,sedangkan kehidupan di dunianya akan tenteram di tengah-tengah masyarakat yang merasakan jasa-jasanya.Hai Musa!Pelajarilah olehmu ilmu-ilmu pengetahuan agar kau dapat mengetahui segala yang tidak kau ketahui,seperti perkara-perkara yang tidak boleh kau ceritakan.Dia adalah penuntun jalanmu,dan orang-orang akan disejukkan hatinya.Hai Musa,putera 'Imran!Jadikanlah pakaianmu terbuat dari zuhud dan takwa kepada Allah;pembicaraanmu bersumber dari zikir dan ilmu pengetahuan,dan perbanyaklah amal kebaikan!Suatu hari kau tidak akan mampu mengelak dari suatu kesalahan.Hai Musa!Pintalah keredhaan Allah dengan berbuat kebajikan,kerana pada saat-saat yang akan datang kau pasti melanggar larangan-Nya.Sekarang aku sudah memenuhi permintaanmu untuk memberikan wasiatku kepadamu.Wasiatku ini tidak sia-sia bila kau mahu menurutinya!21

   Setelah itu,Khidir meninggalkan Nabi Musa a.s yang duduk termangu kerana tangis dan kesedihannya.

*Footnote:
19~Kisah itu diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya,Ibnu Asakir, dan al-Baihaqi(dalam kitab asy-Sya'bi),Ruhul Ma'ani ,Juz 16,halaman 18,Tafsir al-Qurthubi,Juz 11 halaman 45,al Bidayah wan-Nihayah,Juz1,halaman 329 dan kitab Ihya'Ulumuddin,Juz 4,halaman 56.
20~Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Asakir.
21~Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dan kitab al-Bidayah wan-Nihayah,kaerangan Ibnu Katsir,Juz 1,halaman 329-330.

Source:Calon-calon ahli syurga(Muhammad Baihaqi)

No comments: