Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Monday, July 5, 2010

Notes

*These are some parts of a dialogue between a sheikh and his student..from the book Nabi Muhammad by Muhammad Gharib Al-Baghdadiy(translated by Drs.Ahmad Rafani Bin Ayudin)
*Just a little reminder to myself  first and also to others.Penulis barat mentioned here,I assumed are those who are non-muslims writing about Islam.(please correct me if I'm wrong).

Wail:Wahai Syaikh,semua buku sejarah yang saya baca adalah hasil tulisan para pemikir Barat.Saya suka dengan cara dan kaedah tulisan pemikir barat kerana kajiannya luas dan ilmiah.

Syaikh:Wail,terlebih dahulu hendaklah engkau menyelidik siapa yang menulis sesuatu buku itu sebelum engkau membacanya.

Wail:Percayalah.Mereka adalah penulis-penulis yang telah sedar.Saya pernah membaca tulisan Dr.Philips yang menghuraikan bahawa:

"Perbuatan dan tingkah laku Muhammad s.a.w. samada yang penting atau tidak penting,telah meninggalkan kesan yang kuat dalam jiwa dan menjadi teladan bagi berjuta-juta manusia hingga saat ini.Sepanjang sejarah belum pernah ada orang yang memiliki sesuatu yang sempurna seperti yang dimiliki peribadi Muhammad."

Menurut saya,ini merupakan suatu pengakuan atas kesedaran sendiri dari orang yang tidak beriman kepada Islam.Selain itu,saya juga telah membaca kata-kata dan pengakuan dari Wyliyam Moor:

"Semua rujukan dan bahan yang kami kaji.menunjukkan kebenaran dan kesucian Muhammad.Salah satu gambaran yang jelas kelebihannya di antara sekian banyak penduduk Mekah adalah kecerdasan otaknya,perasaannya yang lemah lembut dan fikirannya yang mendalam."

Syaikh:Baiklah.Tetapi bagaimana pendapat mu tentang kata-kata Wyliyam Moore yang kau sebutkan tadi?

Wail:   Pengakuan dan pujian yang baik untuk akhlak Nabi s.a.w.

Syaikh:Apakah kamu menyedari bahawa Wyliyam menyifatkan Nabi dengan genius,tetapi dia melupakan kenabian Muhammad.Ia menganggap Nabi itu sama seperti seorang filsuf.Perbezaan di antara kenabian dengan filsuf itu amat jauh.Firman Allah S.W.T. yang  bermaksud:

"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan,mereka berkata: "Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi (wahi) sama seperti yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah".Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) ia berikan jawatan Rasul (dan wahi) yang diberikan-Nya itu.Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah  itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah,dan azab seksa yang amat berat,disebabkan perbuatan tpu daya yang mereka lakukan." (surah al-An'am 6:124)

Wail: Subhanallah,saya telah lupa perkara ini.Tetapi saya juga telah membaca tulisan seorang penulis wanita Barat,Fahrily,dalam bukunya "Pembelaan terhadap Islam", katanya,

"Muhammad adalah seorang pemaaf,khususnya terhadap penganut agama yang mengesakan Allah.Baginda berpegang teguh kepada "tidak ada paksaan dalam agama",(Surah al Baqarah ayat 256).Keadilan dan kasih sayang telah sebati dalam dirinya."

Oleh itu ,pengakuan yang bagaiman kita perlukan dari penulis Barat itu?

Syaikh:Ketahuilah Wail,kita tidak menginginkan apa-apa dari mereka,tetapi yang di inginkan ialah kamu dan pemuda-pemuda muslim,supaya benar-benar mengetahui dan menyedari tipu muslihat Barat.Ketahuilah,mereka telah membuat "khitthah" kotor dalam buku-buku yang mereka tulis tentang Islam khususnya tentang shirah Nabi.

Wail:Khitthah kotor?

Syaikh:Ya.Segala sesuatunya telah mereka kaji dan ini berjalan sesuai dengan khitthah mereka.Misalnya mereka menulis seribu  buah buku.Katakanlah setiap buku terdiri dari seratus halaman.Dalam buku itu penulisnya memuji Nabi dalam 99 halaman,tetapi dalam satu halaman lagi,ia mencerca Nabi secara halus.Pujian terhadap Nabi itulah yang melariskan buku-buku mereka di kalangan orang Islam.Mereka mengelabui orang Islam,sehingga orang kita menganggap bahawa mereka telah berhadapan dengan seorang penulis yang neutral yang hanya mencari kebenaran sahaja.Tanpa disedari mereka telah terpengaruh dengan Barat dan turut sama mencerca Nabi.Setitis racun yang dicampurkan  ke dalam segelas madu,tidak akan terasa kepada orang yang meminumnya.Namun ,lama kelamaan ia akan terasa juga juga keasnnya,apabila setiap hari meminumnya.Jadi semua penulis dari kalangan Barat menyerang dan cuba merosakkan Islam melalui buku-buku yang mereka tulis.

Wail:Apa keburukan yang ada dalam pengakuan itu ,Syaikh?

Syaikh:Masalahnya lebih berbahaya dari yang kamu bayangkan atau sangkakan,bahkan juga oleh kebanyakan orang Islam.Umat Islam lebih suka dengar kata-kata yang diucapkan para missionaris sehingga perkataan itu diulang-ulang dalam setiap ceramah.Sebenarnya maksud dan tujuan yang ada di sebalik kata-kata yang bermadu itu ialah agar orang Islam tidak bersemangat dan bersikap sambil lewa.Akhirnya umat Islam menganggap bahawa Islam akan tersebar dengan sendirinya.Mereka mengalihkan pandangan umat Islam kepada masalah-masalah khilafiyah,perdebatan-perdebatan dan lain-lain.Sebenarnya orang-orang Barat telah menipu umat Islam.

No comments: