Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Tuesday, June 1, 2010

Syarat-syarat wajib solat fardhu 5 waktu

Syarat-syarat wajib solat fardhu 5 waktu
1.Islam.
2.Suci dari hadas kecil,besar dan nifas.
3.Berakal,tidak wajib orang yang gila.
4.Baligh(sampai umur dewasa).
5.Keluar mani
6.Bermimpi bersetubuh.
7.Mulai keluar darah haid bagi perempuan.

Syarat-syarat sah solat
1.Suci dari hadas kecil & besar.
2.Suci dari badan,pakaian dan tempat dari najis.
3.Menutup aurat.
4.Mengetahui masuknya waktu solat.
5.Menghadap arah kiblat(Ka'abah)semasa mendirikan solat.

Rukun Solat
1.Berniat mendirikan solat.
2.Berdiri(bagi orang yang mampu).
3.Takbirotul Ihrom.(Allahu Akbar).
4.Membaca surah Al-Fatiha pada setiap rakaat.
5."Ruku" serta thomak-ninah(berhenti).
6.Ihtidal serta thomak-ninah(berhenti).
7.Sujud dua kali serta thomak-ninah.
8.Duduk diantara dua sujud serta thomak-ninah.
9.Duduk akhir(Tawaruk).
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Membaca selawat keatas nabi Muhammad s.a.w.
12.Memberi salam pertama.
13.Menertibkan rukun yakni meletakkan tiap-tiap rukun pada tempatnya menurut susunan yang tersebut diatas.

Perkara-perkara yang membatalkan solat
1.Meninggalkan mana-mana rukun solat atau rukun solat sebelum menyempurnakannya.
2.Meninggalkan mana-mana syarat sah solat(contoh:berhadas).
3.Berkata-kata dengan sengaja kecuali terlupa.
4.Banyak bergerak.
5.Makan dan minum.

Source:Perkim

No comments: