Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Saturday, June 5, 2010

rencana berita harian 5/6/10

Dipetik dari rencana berita harian 5/6/10 berkaitan pengalaman semasa diserang komando Israel di atas kapal Mavi Marmara~

"Masih jelas terbayang di mata saya,begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan"

"Ketika itu,ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata-"Aku ke sini untuk turut serta ke dalam perjuangan Palestin.Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama"

"Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh terakhir kami.Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata,namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana setiap kali bom dilempar,ketika itu juga angin bertiup kencang menolak asap"

"Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam,ada di kalangan kami yang berpuasa namun tidak pula terasa lapar atau lemah.Ketika itu kami hanya ingat Allah."
Hasanuddin Mohd Yunus~sukarelawan Malaysia

"Satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.Sekadar baling botol mineral ke bot mereka.Kelam kabut mereka lari.Apabila mereka berpatah balik,kami mengacah dengan tangan kosong,itupun mereka cuba mengelak"
Jamuliddin Ilias~Timbalan Presiden Yayasan Amal

"Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini.Bau tiga jenazah itu,memang sama dengan bau itu.Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan.Nampak seakan tersenyum"
Dr Arba'ai Shawal~Doktor perubatan dari Haluan Malaysia

1 comment:

aisyah zainodin said...

salam, artikel yang menarik.saya harap awk tak kisah sy share artikel ini di dalam blog saya.thanx