Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Saturday, June 19, 2010

Puasa

Puasa
Puasa atau shiyam dari segi bahasa bererti menahan.Manakala dari segi fikah ia bererti menahan diri dari segala apa jua yang membatalkan puasa,semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari, dengan disertai niat.

Atas siapa yang diwajibkan?
1. Islam.
2. Berakal (tidak gila).
3. Baligh.
4. Sihat tubuh badan.
5. Menetap (bukan dalam keadaan musafir).
6. Suci dari haid dan nifas (bagi wamita).

Adab Berpuasa
1. Makan sahur.
2. Menyegerakan berbuka.
3. Berdoa ketika berpuasa dan ketika berbuka.
4. Menjauhi hal-hal yang bertentangan dengan puasa.
5. Bermurah hati dan mempelajari Al-Quran.
6. Mempergiatkan ibadat pada sepuluh hari terakhir dari ramadhan.

Hal-hal yang diperbolehkan sewaktu berpuasa.
1. Mandi.
2. Memakai celak atau meneteskan ubat kedalam mata.
3. Mencium suami atau isteri (sekiranya dapat mengawal syahwat.)
4. Injeksi atau suntikan.
5. Berbekam.
6. Berkumur dan memasukkan air ke rongga hidung asalkan tidak berlebihan.
7.  Menelan air liur (ludah).
8. Makan atau minum secara tidak sengaja.

Hal-hal yang membatalkan puasa .
1. Makan dan minum secara sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Haid atau nifas (untuk wanita).
4. Berniat untuk berbuka.
5. Melakukan hubungan kelamin.

Source:Perkim.

No comments: