Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Tuesday, June 29, 2010

Pandangan Al-Quran Terhadap Wanita

Petikan dari Pandangan Al-Quran Terhadap Wanita

Orang-orang Arab Jahiliyyah,seperti yang telah disebutkan sebelum ini,sangat benci kepada anak-anak perempuan kerana mereka takut tidak dapat menyara kehidupannya.Di samping itu mereka mensifatkan bahawa mengahwinkan anak-anak perempuan dengan lelaki lain adalah perbuatan yang sangat hina.Oleh yang demikian,membunuh anak-anak perempuan dianggap perbuatan yang mulia demi untuk menjaga kehormatan diri dan keluarga.

Islam melarang keras perbuatan zalim tersebut yang lazim dilakukan oleh orang-orang Arab Jahiliyyah itu.Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan.Kami memberi rezeki mereka dan rezekimu.Sesungguhnya membunuh mereka itu suatu dosa yang besar."(Surah al-Isra':31)

Kesinambungan bangsa manusia tidak mungkin berlaku jika kaum wanita tidak wujud di dunia ini.Allah SWT menerangkan bahawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan adalah sama.FirmanNya dalam Al-Qur'an"

"Hai sekalian manusia,takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadanya;dan daripadanya berkembangbiak lelaki dan perempuan yang banyak.Dan takutlah kepada Allah yang meminta kamu dengan namaNya.Sesungguhnya Allah mengawasi kamu."(Surah an-Nisa':1)

Islam tidak membezakan di antara lelaki dan wanita.Islam telah memerintahkan ke atas umat Islam supaya bertanggungjawab melaksanakan keadilan dalam membesarkan anak-anak lelaki dan perempuan dan dalam mendidik mereka.

Source:Keluarga Nabi Muhammad SAW(book)

No comments: