Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Tuesday, May 4, 2010

Wuduk

WUDUK
Dari segi bahasa wuduk bererti kebersihan manakala dalam istilah ilmu fiqh, wuduk bererti: 'Kebersihan yang dilakukan dengan cara tertentu setelah berlakunya hadas kecil, bagi membolehkan kita melakukan solat atau ibadah-ibadah lain'.

Rukun Wuduk
1. Niat
'Sengaja aku mengambil wuduk kerana Allah Taala'.
2. Membasuh muka
3.Membasuh kedua-dua belah tangan hingga kedua-dua mata siku
4. Menyapu kepala
5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga kemata kaki (buku lali)
6. Tertib (mengikut susunan yang telah dinyatakan)

Sunat-sunat wuduk
1. Menghadap kiblat
2. Membaca 'Bismillah'
3. Berkumur-kumur dan menggosok gigi (siswak)
4. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan dan menggosok celah-celah jari.
5. Memasukkan air kedalam hidung dan menghembuskanya keluar
6. Mendahulukan anggota yang kanan dari yang kiri
7. Menyapu seluruh kepala
8. Menyapu kedua-dua telinga
9. Menggosok-gosok celah janggut dengan jari ketika membasuh muka
10. Mengulangi basuhan hingga tiga kali
11. Menjimatkan penggunaan air
12. Membasuh anggota wuduk dengan melebihi sedikit daripada batasnya
13. Menggosok-gosok anggota wuduk(Tadlik)
14. Menggerak-gerakkan cincin
15. Muwalah(berturut-turut)

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk
1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur) seperti kencing,wadi,mazi,tahi,kentut dan lain-lain.
2. Menyentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan tapak tangan.
3. Tertidur yang tidak tetap kedudukan pinggulnya.
4. Hilang akal (mabuk,gila,pengsan atau pitam)

DOA SELEPAS WUDUK:
Ash-hadu alla ilaha-ilal--lah, wadahu la syarikalah.
Wa ash-hadu anna Muhammadan 'abduhu warosuluh.

Source:Perkim

No comments: