Assalamualaikum wrt wbt..

This blog is for anyone , especially mualaf like me who wants to learn more about Islam.I will be posting what I think is beneficial for me and others from various resources..InsyaAllah.( If you would like to share anything, please email me at knelly05@yahoo.com) Thanks!



Wednesday, May 26, 2010

Panduan solat musafir

Memandangkan musim cuti sekolah kian hampir,sudah pasti ramai diantara kita akan merancang untuk bercuti ke beberapa tempat.Di bawah adalah sekadar panduan ringkas untuk bersolat semasa dalam perjalan dan setelah sampai di destinasi masing-masing.

Hukum harus meringkaskan(qasar)solat itu ditegaskan oleh firman Allah.s.w.t.:
Maksudnya:"Apabila kamu mengadakan perjalanan di atas bumi (di daratan mahupun di lautan)maka tidak ada halangan bagimu untuk memendekkan solat."An Nisa:101

ِApa maksudnya Musafir?
Musafir ialah perkataan Arabic, Persian, Hindi dan Urdu bermaksud pelancong.Bahasa Malaysia untuk musafir juga adalah musafir.

Apa itu Solat Qasar?
Solat Qasar adalah solat bagi seseorang musafir.Qasar bererti solat fardhu yang mempunyai 4 rakaat dipendekkan menjadi 2 rakaat:
a)Fardhu Zohor
b)Fardhu Asar
C)Fardhu Isyak
*Fardhu Subuh dan Maghrib tidak boleh qasar.

-Jarak perjalanan sekurang-kurang 2 marhala (91km atau 56 batu) atau dua hari berjalan kaki.Ini berdasarkan keterangan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-
Dari Atha ra:Sesungguhnya ia pernah berkata: Bertanya seseorang kepada Ibnu Abbas r.a.: Apakah aku boleh mengqasarkan(dalam perjalanan jauh )ke Arafah?Maka Ibnu Abbas menjawab: "Tidak." Maka orang itu bertanya pula ke Mina? Ibnu Abbas menjawab:"Tidak tetapi ke Jeddah dan ke Usfan dan ke Thaif."
As Syafi dan Baihaqi.


-Perjalanan bermusafir itu bukan untuk melakukan maksiat.

-Memelihara niat solat.Seseorang yang hendak mendirikan solat qasar,hendaklah memelihara niatnya dari sebarang perkara yang berlawanan dengan niat qasar.Sekiranya ia ragu-ragu samada ia telah berniat atau tidak maka ia tidak harus mengqasarkan solatnya.

-ketika mengerjakan solat qasar hendaklah ia mengetahui bahawa ia masih dalam bermusafir.

-Tempoh yang harus mengqasarkan solat tidak melebihi 3 hari penuh(tidak termasuk perjalanan pergi dan balik).Jika kita berniat bermukim di tempat yang dituju lebih dari 3 hari,maka mukim itu harus gugur.

-Imam Syafie membolehkan seseorang mengerjakan solat qasar sehingga 18 hari,jika orang yang bermusafir itu tidak dapat meneruskan urusannya yang rumit atau urusannya itu hanya boleh diselesaikan di dalam beberapa hari yang tertentu.Apabila lebih dari 18 hari maka hendaklah ia solat dengan sempurna rakaatnya.

-Sebaliknya jika ia telah berniat untuk bermukim selama 4 hari atau lebih(tidak termasuk hari pergi dan balik)maka tidak dikira musafir dan tidak harus menqasarkan solatnya.

Apa itu Solat Jamak?
Solat Jamak ialah solat yang dihimpunkan seorang yang sedang bermusafir diharuskan juga menghimpunkan dua solat(Zuhur dan Asar,Maghrib dan Isyak)di dalam satu waktu.

Solat Qasar dan Jamak Takdim.
(Jamak takdim bererti 2 solat fardhu yang dijamak pada waktu solat pertama.

Niat:
"Sahaja aku solat fardhu Zohor 2 rakaat qasar kerana Allah Taala".
"Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat qasar jamak takdim kerana Allah Taala".


1)Waktu Zohor
Zohor-2 rakaat dan salam + Asar-2 rakaat dan salam.
2)Waktu Maghrib
Maghrib-3 rakaat dan salam + Isyak-2 rakaat dan salam.

Solat Qasar dan Jamak Takkhir.
(Jamak Takkhir bererti 2 solat fardhu yang dijamak pada waktu solat yang kedua.)

Niat:
"Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat qasar kerana Allah Taala".
"Sahaja aku solat fardhu Zohor 2 rakaat qasar jamak takkhir kerana Allah Taala".


*Jamak Takkhir:Boleh mulai dengan Asar atau Isyak ataupun sebaliknya.

1)Waktu Asar
Zohor-2 rakaat dan salam + Asar-2 rakaat dan salam.
2)Waktu Isyak
Mahgrib-3 rakaat dan salam + Isyak-2 rakaat dan salam.

Source:en.wikipedia.org,kamus.com,Panduan solat musafir,Perkim.

No comments: